Tentang Hujan Panas

Kami percaya bahawa “sustainability” atau kelestarian perlukan lebih kesedaran menyeluruh dari semua lapisan masyarakat.

Ia bukanlah hanya sekadar menjadi visi & misi syarikat-syarikat. Penglibatan semua adalah penting untuk memastikannya dilaksanakan dengan jaya.

Pada hari ini, kelestarian telahpun diterapkan secara perlahan-lahan dalam kehidupan kita seharian. Paling penting ia tidak mengubah cara kehidupan secara drastik. Untuk info kempen sifar beg plastik mengambil masa 16 tahun dan masih dijalankan untuk diterapkan. Kini ia menjadi sebahagian dari kehidupan kita seharian.   

Namun aplikasi kelestarian menjadi lebih efektif jika ia difahami dari Mak Cik Goreng Cempedak Madu sehinggalah pekerja gig yang semakin banyak bertambah dari semasa ke semasa. Pentingnya bahawa mesej ini disampaikan secara tepat dan mudah difahami untuk mendapatkan sokongan ramai terhadap gaya hidup yang lebih lestari.

Oleh itu, kami ingin menarik minat mereka yang masih lagi sukar memahami tentang apa itu kelestarian dalam bahasa yang lebih mudah dan ringkas. Ianya amat penting untuk mereka faham maksud sebenar kelestarian supaya gaya hidup lestari dapat mereka amalkan dalam kehidupan seharian. Ini dilakukan dengan menyediakan konten yang menarik dan panduan praktikal yang secara tidak langsung menggalakkan penyertaan yang lebih aktif dari semua golongan.

Portal ini bukan sahaja hub untuk informasi yang berkaitan dengan kelestarian, tetapi kami berusaha untuk menggalakkan gaya hidup lestari untuk semua.

Share artikel: