Susah nak percaya kan? Penulis pun selalu dengar orang mintak beg plastik bila beli barang di kedai. Tapi inilah data yang didapati dalam Alibaba’s The Sustainability Report 2023 yang melibatkan 14,000 pengguna dari 14 pasaran di Asia, Eropah dan Timur Tengah. Menurut data tersebut, 88% negara membangun Asia memilih untuk membeli secara atas talian berbanding negara maju Asian dan Eropah iaitu 66%.
Bila ramai yang shopping online bermakna;
Tak perlu bangun bersiap untuk mandi, ganti baju, guna kereta/motor, dan lain-lain lagi. Dan ini bermakna kurang guna air/elektrik, kurang asap kenderaan, kurang orang bernafas di kedai yang membawa kurang kadar pelepasan karbon di udara.

Jadi janganlah memandang serong kepada mereka yang kaki beg kuning tu. Sebab mereka telah membantu untuk mengurangkan karbon di atmosfera. Secara tidak langsung juga membantu mengurangkan kesan Pemanasan Global. Mungkin boleh guna alasan ini untuk memberi sebab “kenapa anda selalu tekan beg kuning”!