Ramai tak tau minyak masak terpakai dibeli oleh pusat kitar semula minyak masak dengan harga RM1.50 – RM2.50/kilo (Harga mungkin berbeza mengikut tempat dan operator). Jangan berebut nak simpan minyak lepas goreng ikan di rumah pula lepas ni.
Sebenarnya ini adalah sebahagian kecil daripada langkah ke arah komuniti lestari. Sedikit sebanyak pasti menyumbang kepada usaha negara untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang 2030.
Di Malaysia sahaja hampir 50 ribu tan minyak masak terpakai dibuang begitu sahaja! Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysian Palm Oil Board 77% rakyat Malaysia tidak membuang minyak masak terpakai dengan cara yang betul. Pada Jun 2024, Pulai Pinang telah mewajibkan pengusaha makanan untuk mengumpul minyak masak terpakai dan menghantarnya di pusat kitar semula daripada membuangnya ke dalam longkang saliran.
Jadi bolehlah menjana pendapatan sampaingan dengan sedikit usaha seperti jadi pengumpul minyak masak di kejiranan atau di blok anda. Kebanyakan mereka pasti akan memberikannya sahaja kerana mereka tahu minyak masak jika dibuang terus ke dalam sink pasti akan membuat sink tersumbat. Dan tiada masa pula jika hendak jual ke tempat kitar semula.
Tapi persoalannya, di mana pula tempatnya untuk menjual minyak masak terpakai ni. Bukan semua tempat kitar semula akan menerima minyak masak terpakai. Antara tempat yang dikenal pasti adalah seperti dibawah;
Stesen Petronas terpilih. (Sila lihat pautan untuk lokasi terbaharu)
https://www.mymesra.com.my/for-consumer/used-cooking-oil
Fathopes Energy (Kuala Lumpur, Ipoh Penang, Perak, Melaka, Johor, Kuantan, Kota Bharu)
Mentari Alam Eko (M) Sdn Bhd (Kuching Sarawak)
https://www.maeko.com.my
Urban Hijau (Selangor)
Arus Oil (Selangor)
https://arusoil.com/recycleUCO
SS Used Cooking Oil (Selangor)
https://www.facebook.com/ssuco.recycleusedcookingoil
Oillax (Kuala Lumpur)
https://www.facebook.com/oillax
Captain Oil (Kajang)
https://www.facebook.com/thelegendsresources
EverGreen (Melaka)
https://www.evergreenbiooil.com/#!/page_home
Provnergy (Penang)
https://www.facebook.com/Provnergy
Recycle Used Cooking Oil (Pahang)
https://www.facebook.com/recycleusedcookingoilktn/?locale=ms_MY
Recycle Oil KTN (Terengganu)
https://www.facebook.com/groups/523532188171259/user/100067903899762
Ryseco (Johor)
https://www.facebook.com/profile.php?id=100063651980186
YM Recycle (Johor)