PAKAR KATA BULUH BAHAN BINAAN MASA DEPAN. ORANG ASAL DAH LAMA TAU DAH…

Jadi ini lah agaknya sebab orang dulu-dulu pilih buluh buat pondok, buat galah, buat tiang dan macam-macam. Buluh semakin dikenali sebagai bahan binaan lestari atau mampan kerana sifatnya yang cepat membesar, membiak dan mesra alam.

Gambar di atas menunjukkan seorang penduduk Asli yang bernama Amoi Latif, yang memilih untuk bersantai di pondok buluhnya yang lebih “dingin” daripada rumah yang disediakan kerana cuaca yang panas.

Bukan cakap kosong aje ni. Mengikut artikel oleh Jan Bredenoord, terbitan Fakulti Geosains untuk Universiti Utrecht, Netherland pada 12 Mac 2024, yang bertajuk Bamboo as a Sustainable Building Material for Innovative, Low-Cost Housing Construction menyatakan, “Buluh boleh dijadikan bahan binaan yang lestari untuk rumah, terutama sekali jika rumah tersebut perlu tahan gempa dan ribut”.

Ia juga menyatakan banyak contoh boleh didapati di beberapa negara yang menggabungkan buluh dalam pembinaan moden.

Buluh bukan sahaja digunakan sebagai bahan dalam sektor pembinaan. Tetapi juga dalam sektor pembuatan dimana kajian telah dibuat untuk menggantikan buluh dengan plastik bagi kelengkapan dalaman kereta seperti dashboard. Salah satunya adalah satu artikel dalam continental-tires.com yang menyatakan kajian telah dilakukan untuk menggunakan buluh sebagai bahan menggantikan plastik. Mereka juga menyatakan bahawa buluh mempunyai kekuatan seperti besi apabila diproses.

Jadi, kalau ada tanah terbiar tu eloklah tanam buluh. Selain untuk jadikan bahan sustainability, tuan tanah pasti akan untung besar dua kali setahun pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Sumber gambar: kosmo.com.my
Sumber info: kosmo.com.my
https://www.mdpi.com/2071-1050/16/6/2347
https://www.continental-tires.com/stories/sustainable-materials-in-cars/

Tulisan, terjemahan dan olahan semula oleh Zaidee Zainal

Share artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *