Mudah aje nak amal “sustainability” sebenarnya.
Dulu, kebanyakan rumah di kampung mesti mempunyai tempayan atau tong air depan rumah – atau bahasa glamernya sekarang adalah Rainwater Harvesting. Fungsi asasnya adalah menyimpan air hujan dan menggunakannya semula. Dan secara langsung mengurangkan penggunaan air melalui sistem paip utama. Jadi bil air dapat jimat juga mengurangkan tenaga diperlukan untuk memproses air mentah.
Dalam perumahan atau ofis yang moden, “Rainwater Harvesting” ini boleh didapati dengan lebih sistematik. Lengkap dengan pam air dan kebiasaannya tersorok dari pandangan mata.
Ianya adalah sistem yang mudah dan ringkas. Bukan ke bagus jika setiap rumah yang dibina hari ni wajib mempunyai tangki simpanan air hujan sebagai syarat lengkap CF, dan bukan sebagai “ciri tambahan lestari” yang menjadikan rumah itu mahal kerana ianya “Sustainability Home” atau ciri rumah lestari?