Dalam kita tak sedar, banyak hypermarket sebenarnya dah terapkan ciri-ciri lestari (tidak semua). Sebab kesan yang kita rasa bukan secara langsung. Ia lebih kepada susun atur yang efisien, lebih banyak pencahayaan semula jadi atau penggunaan lampu yang optimum serta kecekapan pengurusan bahan segar untuk mengurangkan sisa buangan.
Dalam beberapa tahun akan datang perkataan “sustainability” atau “lestari” menjadi salah satu ciri penting untuk pengguna memilih jenama yang digunakan. Ini kerana setiap langkah lestari yang diambil akan memberikan kesan positif kepada masyarakat keliling serta negara secara keseluruhan.
Setiap jenama hypermarket ada cara mereka sendiri dalam mentafsirkannya dalam operasi mereka. Tetapi ia pasti merangkumi ESG itu sendiri iaitu – persekitaran, sosial dan ekonomi – juga takbir urus. Setiap satunya mempunyai objektif untuk mencapai Zero Karbon pada 2030.
Mengapa penting untuk hypermarket menerap konsep lestari dalam operasi mereka?
Saiz operasi mereka boleh memberikan impak besar. Setakat ini, Lotus’s Malaysia mempunyai 70 cawangan, Mydin 64, AEON 34 dan beberapa jenama besar lain lagi.
Jadi jika setiap jenama mempraktikan konsep lestari dalam operasi mereka, kesannya adalah besar.
Seperti Lotus’s Mutiara Damansara sebenarnya menggunakan solar untuk mengurangkan beban kepada grid tenaga negara. Ini adalah salah sebuah daripad 21 cawangan yang ada solar panel. Susah sikit lah nak nampak sebab solar panel dipasang atas bumbung.
Lotus’s Malaysia juga melaksanakan kerjasama dengan Malaysia-Japan International Institute of Technology menganjurkan National Sustainable Innovation Challenge 2024 (NaSIC’24). Pertandingan ini adalah untuk mencari dan melatih minda muda untuk dalam mereka-cipta solusi lestari mudah untuk digunakan dalam operasi mereka.
Manakala projek solar Mydin Malaysia menyasarkan 15 cawangan dengan panel solar menjelang tahun ini. Mungkin dah hampir siap sepenuhnya tahun ni.
Antara salah satu inisitif AEON Malaysia pula memperkenalkan “Recycling Economy” untuk pasaran tempatan. Bermakna mereka akan mengitar semula barang buangan untuk kegunaan lain. Ia telah dijalankan di AEON MALL di Hinode, Tokyo. Kita juga akan dapat melihat lebih banyak aktiviti komuniti bersama pihak kompleks beli-belah. Sama ada aktiviti sosial atau untuk meningkatkan tahap ekonomi tempatan dan sebagainya. Penggunaan Zero Beg Plastik itu hanyalah sebahagian kecil daripadanya.
Olahan & Penulisan semula oleh Zaidee Zainal