LAP KAKI RECYLE PENYELAMAT DUNIA

Menurut beberapa sumber, dunia menghasilkan 92 juta tan sisa tekstil setiap tahun, jumlahnya bersamaan dengan 61 juta kereta! Dan hanya 1% sahaja yang dikitar semula. Dianggarkan pada tahun 2030 ia meningkat kepada 102 – 134 tan. Tahun ni berapa banyak baju anda dah tak muat?

Manakala di Malaysia pula, sisa tekstil adalah 432,901 ton pada tahun 2021 menurut SWCorp Malaysia. Ia boleh memenuhi 173 kolam renang Olimpik. Dan hanya 15% daripada dikitar semula. Manakala bakinya dibuang di tapak pelupusan sampah dan hampir ini memenuhi ruang untuk tujuan pelupusan sisa pepejal yang lain. Menurut kajian, sisa fabrik mengambil masa lebih kurang 200 tahun untuk diuraikan secara semula jadi.

Berita baiknya kita memang dah mula amalkan kitar semula fabrik sejak dulu lagi. Atau sebenarnya mak kita yang dah lama mempraktik sebahagian kecil daripada elemen ESG – iaitu Enviroment atau Persekitaran. Tak percaya? Bila balik rumah mak cuba tengok kain lap kaki bilik air atau di kampung. Tak pun kain buruk di dapur. Mesti ada yang gunakan kain tuala lama atau baju-baju yang tak guna jadi kain buruk.

Dalam kontek lestari secara holistik pula kain tuala terpakai yang tidak digunakan itu akan melalui beberapa peringkat seperti:

Peringkat pertama
Dikutip oleh pengumpul tekstil terpakai dan dibungkus mengikut jenis tekstil.

Peringkat kedua
Setiap jenis tekstil akan melalui proses leraian untuk menjadi bahan tekstil baharu atau bahan lain.

Peringkat ketiga
Bahan tersebut diproses menjadi produk untuk dijual kepada pengguna.

Proses di atas adalah aggaran dan sebagai contoh sahaja. Dan jika dilihat proses tersebut boleh diluang berkali-kali. Setiap peringkat adalah mengikut piawaian yang ditetapkan. Penulis percaya ramai antara kita yang memiliki banyak baju yang hendak dipakai tak muat, nak bagi tiada yang mahu, hendak dibuang tak tahu di mana. Salah satu sebabnya hanya sesetengah sahaja pusat kitar semula yang menerima sisa fabrik (hint boleh buat idea bisnes).

Jom kita sama-sama kurangkan beban tapak pelupusan sampah dengan membuang sisa fabrik anda di:

Kloth https://www.klothcircularity.com/bin-map
Aktif di beberapa lokasi di Melaka, Selangor, Seremban, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor Bahru

UpCycle4Better https://www.upcycle4better.com/malaysia-bins
Aktif di beberapa lokasi di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor Bahru

Lotus’s Malaysia
Jenjarom, Ara Damansara, Kepong, Bukit Puchong, Desa Tebrau, Bukit Indah, Mutiara Rini, Puncak Alam, Kuala Selangor, Seremban Jaya, Cheras, Rawang, Parit Raja, Eco Tropics, Mutiara Damansara, Melaka Cheng, Nilai, Semenyih, Ampang, Pelentong, Seri Alam, Kajang, Melaka, Shah Alam, Bukit Berunting, Puchong, Kulai, Setia Tropika

E Idaman Drive Through Recycle Center
Kangar, Arau, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Alor Setar, Jitra, Sintok

Olahan & Penulisan semula oleh Azielahaneem Idris

Share artikel: