Betul… kanji jagung atau kentang dan tebu adalah material asas masa depan yang sedang dibangunkan untuk mengantikan pengunaan plastik berasaskan petroleum yang kereta anda gunakan sekarang untuk bahagian dalaman, terutama sekali dashboard. Bahan ini juga dkenali dengan nama saintifik sebagai bioplastik atau biokomposit.
Kita pun tak perasan, Toyota sebenarnya dah lama gunakan bioplastik berasaskan tebu untuk kemasan dalaman kereta mereka. Diorang juga gunakan sponge tempat duduk berasaskan soya untuk model RV4, Prius, Corolla dan Lexus RX350. Kereta Citroen Oli telah pun menggunakan kadbod untuk sebahagian dari bonet engin dan bumbung.
Kenapa pula nak kena guna bahan ni?
Ini adalah kerana ianya lebih lestari kerana menggunakan bahan-bahan semulajadi. Dan paling penting 100% biodegradable. Jadi kalau dashboard dibuat daripada bahan ni kita buang belakang rumah. Lama-lama akan dikitar oleh alam dan menjadi tanah. Kalau dashboard sekarang, lagi 50 tahun pun ada lagi. Cuma dah reput aje lah.
Ini juga sejajar dengan komitmen kebanyakan jenama besar kereta dalam mencapai Net Zero emission 2050 dari segi pengunaan produk ataupun proses menghasilkannya.
Rasanya untuk sampai ke Malaysia mungkin lambat lagi. Ianya bergantung juga kepada galakan dan sokongan lain, terutamanya dari Kerajaan seperti pengecualian cukai, menetapkan polisi atau insentif tertentu.
Inilah jenis kereta masa depan yang cucu kita punya cicit akan guna. Teknologi ini masih lagi dibangunkan dan mungkin mengambil masa untuknya matang.
Olahan & Penulisan semula oleh Zaidee Zainal