Sebab boleh menjimatkan. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah mensasarkan penggunaan 180 liter setiap hari bagi setiap penduduk pada tahun 2020. Mungkin penggunaan sebenar melebihi 200 liter sehari, dan pengunaan air paling tinggi adalah untuk membersih.
Penggunaan elektrik yang utama pula adalah untuk menyejuk dan memanaskan. Tambahan pula, berkuat kuasa pada 1 Mac 2024, pengguna kategori perumahan melebihi 600kWj akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan. Namun tak perlu bimbang kerana segmen yang menggunakan lebih daripada 600kWj adalah kecil. Tetapi lebih baik berjimat sebaik mungkin.
Berikut adalah beberapa cara mudah dan murah untuk melestarikan rumah untuk menjimatkan lagi penggunaan elektrik dan air;
- Sediakan tangki, tong, baldi atau bekas yang yang boleh dibuka untuk tadah air hujan. Kalau bahasa lestari dinamakan Rainwater Harvesting Air. Ia perlulah ditutup untuk elakkan nyamuk dan sebagainya. Ini digunakan untuk buat basuhan atau siram pokok bunga.
- Buat renovation dengan sebahagian bahan terpakai seperti Jubin, besi pagar, tingkap atau perabut. Dan ini boleh jadi trend juga.
- Sebabkan Malaysia negara khatulistiwa, iaitu panas dan hujan sepanjang tahun. Jadi adalah digalakkan jika rumah mempunyai banyak sumber untuk pengudaraan dan cahaya matahari untuk masuk. Ini membuat suasana rumah lebih nyaman dan terang
- Kurangkan kekerapan penggunaan aircond apabila menanam pokok seperti Lidah Jin, Sirih Gading, Ara Berangin dan beberapa jenis lagi yang menjadikan ruang rumah lebih dingin
Dan cadangan untuk apartment atau kondominium adalah seperti di bawah:
- Selalu buat pengudaraan seperti membuka pintu balkoni atau tingkap dan juga membuka pintu hadapan (pastikan grill dikunci) untuk udara masuk dan keluar. Ia juga berfungsi untuk menggantikan udara yang ada didalam dengan yang baharu. Pasti suasana jadi lebih segar.
- Gunakan cat dinding yang cerah untuk sudut-sudut yang jauh daripada sumber cahaya sebagai “reflector wall”. Atau dalam lebih stail dikenali sebagai “highlight wall”. Ia bukan sahaja menambah seri tetapi juga menaikkan mood keseluruhan rumah.
- “Simplicity” atau tidak padat dengan perabut juga adalah penting. Kerana perabut boleh menyerap dan melepaskan haba ecara perlahan-lahan. Ia boleh menyebabkan ruang menjadi panas terutama sekali jika ruang pengudaraan terhalang dengan langsir tebal atau kabinet.
Ini adalah sebahagian cara mudah melestarikan rumah yang sedia ada tanpa keluarkan belanja yang tinggi. Bukan sahaja membuat ruang kediaman menjadi lebih selesa. Malah menjimatkan apabila anda tidak perlu penghawa dingin selalu. Dan paling penting: percuma aje nak buat.