Apa Tarif tu?
Tarif adalah caj atau cukai yang kerajaan sesebuah negara kenakan untuk barangan import (masuk) diimport atau eksport (keluar). Jadi tarif inilah yang buatkan harga kereta import di Malaysia naik dari 140% – 300% dari harga sebenar. Tarif juga berbeza mengikut barangan.
Jadi sekarang ni Amerika dah mulakan Perang Tarif pada semua negara! Power betul diorang ni. Semuanya atas alasan selama ni Amerika beli banyak dari negara tersebut, tapi mereka beli sedikit aje dari Amerika. Seperti China pada tahun 2024, jumlah barangan yang Amerika import dari China adalah 438.9 bil USD. Tapi jumlah import China dari Amerika hanyalah 143.5 bil USD. Jadi diorang ni berlawan tarif sampailah sekarang ni Amerika kenakan tarif pada China 145% dan China pula kenakan tarif pada Amerika 125%.
Jadi kenapa kita nak risau pulak?
Sebab dua-dua negara ni adalah pengeluar lebih 45% barangan dunia. Dan lebih 20 peratus dari jumlah dagangan dunia. Apa yang berlaku akan ada sedikit sebanyak impak pada Malaysia dan negara-negara lain jugak. Jumlah eksport Malaysia pada Amerika 43.43 bil USD. Ciput aje sebenarnya. Tapi besar jumlahnya untuk negara comel macam Malaysia. Kebanyakannya adalah untuk barangan B2B. Jadi sekarang bekalan barangan dah naik 24% untuk pengeluar dan pengilang di Amerika. Mungkin juga mereka tidak akan beli dengan Malaysia sebab tidak pasti akan terjual atau tidak dengan kenaikan harga tersebut – jadi mungkin tak terjual – kilang mungkin terpaksa kurangkan operasi – atau mungkin terpaksa tutup sekiranya Malaysia tidak dapat cari pembeli lain.
Hah itulah secara ringkasnya pasal Perang Tarif ni. Nanti kita akan kupaskan dari pelbagai sudut lagi dan impaknya kepada poket kita.