KAKI SIMPAN PLASTIK KECEWA: Koleksi plastik jadi debu.

Dulu kita guna beg plastik tidak mesra alam, yang tidak lapuk kena hujan, tidak lekang kena panas. Ibu kita dulu memang banyak koleksi plastik yang dikumpul, sentiasa sedia digunakan pada bila-bila masa. Tapi beg plastik sekarang kalau simpan lama-lama mesti reput. Atau dulu tidak pernah ada beg kertas, sekarang ada di mana-mana (mungkin kena bayar ekstra RM0.30). Ini semua adalah kerana standard yang ditetapkan kepada industri pembuatan untuk menghasilkan produk yang lebih mesra alam. 

Menurut satu artikel digital di utusan.com pada 13 Oktober 2024 yang memetik kenyataan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Damien Thanam Divean yang berpendapat pembuangan dan pencemaran plastik berlaku secara berterusan disebabkan oleh kelemahan pihak kerajaan yang melengah-lengahkan pengharaman dan penguatkuasaan undang-undang untuk membendung isu ini daripada berterusan.

Mungkin ada betulnya. Tetapi penyelesaian isu begini tidak boleh dapat dicapai dengan mudah kerana ianya melibatkan “gaya atau cara hidup” kita, rakyat Malaysia. Dulu kita marah kalau kedai tak ada beg plastik atau tak ada straw. Menurut Bernama dalam artikel 8 Mei 2022, Malaysia di tempat kedua tertinggi di Asia dari segi penggunaan plastik dan kelapan teratas dunia yang tidak menguruskan sisa plastik dengan baik.

Jika kita masih ingat, pada 6 Julai 2009, adalah Tarikh Hari Tanpa Beg Plastik dilancarkan di Pulau Pinang. Memang terkejut orang ketika itu (termasuklah mak ayah penulis). Sebenarnya kita “on the right track”. Setelah 16 tahun, kebanyakan kita dah boleh terima. Ada yang malu juga kalau terlupa bawa “beg pasar” dari rumah.

Tapi langkah seterusnya agak mencabar, kerana melestarikan kehidupan harian memerlukan banyak lagi insentif Kerajaan untuk menjayakannya. Rakyat hanya perlukan sebab “kenapa aku kena ikut/buat?”. Inilah langkah bagi Pak Leh di Tumpat Kelantan faham;

  • Bagaimana perniagaan celup-celupnya tu boleh menyumbang kepada objektif lestari yang lebih besar
  • Bagaimana peranan kecilnya itu dalam usaha melestarikan negara begitu penting
  • Apa faedah secara langsung jika beliau menggunakan Perbankan Lestari atau memilih bahan binaan lestari untuk menyambung rumah

Apabila syarikat-syarikat dan industri pembuatan sentiasa melandaskan operasi mereka dengan “kelestarian” atau mungkin  secara tidak langsung, rakyat atau pengguna juga akan mempraktikkannya. Mungkin mula-mula terpaksa (seperti penggunaan plastik), tapi lama-lama biasa. Tetapi yang penting ia tidaklah dibuat secara mengejut.

Olahan & Penulisan semula oleh Zaidee Zainal

Share artikel: