Adakah ini menjadi berita buruk atau gembira? Itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Tapi khabar angin yang mengatakan Mitsubishi Evolution yang menjadi JDM kegilaan ramai akan buat “come back” sebagai kereta elektrik agak kencang juga. Bukan tu aje… tapi formatnya pun dah jadi SUV?! Ini adalah sejajar dengan komitmen Mitsubishi dalam mencapai Net Zero Emission 2050.
Menurut artikel pada tahun 2019 oleh Mitsubishi Universiti, mereka telah pun mempamerkan generasi terbaharu Lancer EVO SUV yang berasaskan konsep e-EVOLUTION. Untuk projek ini, Mitsubishi juga membuat perkongsian teknologi strategik bersama Nissan untuk kos R&D yang lebih efisien. Jadi kereta konsep yang dipamerkan itu daripada platform Nisssan X-Trail dengan motor elektrik Nissan Leaf. Diorang ni berkongsi teknologi untuk membolehkan mereka menjual model tersebut dengan harga lebih rendah. Harapan penulis Mitsubishi nak jadikan projek ni sebagai R&D mereka untuk menghasilkan model sedan Evolution yang sempurna kerana platform tersebut telah terbukti penggunaanya.

Ini samalah seperti Toyota Prius atau Honda Insight yang membolehkan jenama tersebut menyempurnakan lagi model hybrid mereka yang ada.
Kesimpulannya, kereta sports yang menjadi igauan abang waja dan wira purba ini memang akan berubah. Terutama sekali apabila bahan-bahan binaannya kini akan lebih lestari dengan pengunaan bioplastik dan biokomposit. “Feeling” pastinya berbeza.
Penulis rasa engine Evo IX bukanlah 100% elektrik, tetapi lebih kepada hybrid dengan dwi motor elektrik yang mampu memberikan kuasa kuda hingga 350 – 450. Tapi peninglah pomen-pomen nak setting nanti.
Olahan dan penulisan semula: Razman Raizi