Pembiayaan Mampan? Perbankan Lestari? Pembiayaan Hijau? Apa maksudnya tu?
Pelbagai istilah yang digunakan, namun maksudnya tetap sama. Iaitu merujuk kepada “Sustainable Financial”. Jadi sebelum tu kita [erlu faham maksud “sustainable” atau “lestari” itu dulu di sini. Okay sekarang kita Cuma kena masukkan elemen perbankan untuk kontek Perbankan Lestari.
Bank atau institusi kewangan memainkan peranan sebagai badan yang menyokong aktiviti atau perniagaan yang meletakkan faktor (ESG) alam sekitar, socio dan penguatkuasaan sebagai sasaran utama mereka. Dalam kata lain “untung belakang kira” yang penting tanggungjawab dan lebih memberikan manfaat kepada kepada alam dan masyarakat. Hebat kan?
Bank Negara telah melancarkan Pembiayaan Hijau pada tahun 2019. Di mana semua institusi kewangan Malaysia telah mengambil langkah untuk menyokong perlaksaan tersebut dengan menyediakan Pembiayaan Hijau dalam operasi mereka.

Perbankan Lestari lama-kelamaan akan jadi kemestian untuk semua institusi kewangan.
Sejak 2016, Bursa Malaysia mewajibkan syarikat yang tersenarai dalam papan bursa (termasuk bank) untuk melaporkan aktiviti bisnes mereka yang berkaitan lestari. Boleh lah check kalau bank anda dah lestari ke belum?
Apa faedahnya kepada pengguna pula?
Kalau dilihat sememangnya, sebahagian besarnya adalah untuk sector bisnes dan pembuatan. Manakala untuk pengguna seperti saya dan pembaca semua, ianya lebih kepada pembiayaan khas dengan kadar istimewa untuk pembelian kereta elektrik, pinjaman untuk pembelian rumah berkonsep lestari dan tenaga solar.
Inilah masanya pengguna macam saya dan pembaca boleh buat bisnes pula. Bermula tahun 2021, kumpulan perbankan terbesar Malaysia iaitu Maybank menyatakan komitmen mereka untuk menyokong Pembiayaan Hijau sebanyak RM50 bilion menjelang 2025.
Kumpulan Perbankan RHB pula pada 2020, mereka telah memberikan 5 bilion komitmen untuk menyokong projek hijau sehingga tahun 2026. Antara teras yang menjadi asas kriteria mereka adalah Tenaga Hijau, Bangunan Hijau, Proses Hijau dan Produk Hijau. Pada tahun ini, mereka menyasarkan Pembiayaan Hijau sehingga RM1 bilion. Ini baru 2 bank aje. Jadi, kalau sesiapa yang ada projek berkaitan dengan kelestarian memang patut ambil kesempatan ini kan.
Idea bisnes macamana pula tu?
Idea seperti stesen pengecas kereta EV, kitar semula bateri, terutamanya kereta bateri EV, bengkel kereta EV, alat ganti kereta EV, sistem solar atau yang berkaitan, “repurpose business” untuk fakbrik, plastic, sistem pengumpulan air hujan dan paling best, kalau ada tanah buat bisnes tanam buluh. Sebab buluh akan menjadi komoditi utama sebagai alternatif gentian dalam industri pembuatan. Dan selain pada tu mestilah untuk lemang!