Jika jawapan anda “kelestarian” atau “mampan”, anda betul.
Tapi apa pula maksudnya lestari atau mampan?
Inilah perkataan yang banyak kita dengar dan baca. Terutama sekali kalau bekerja di syarikat-syarikat besar. Namun apabila ada yang bertanya sama ada kita faham atau tidak, pasti jawapannya faham (walaupun tak faham). Jadi maksud sebenarnya adalah memenuhi keperluan pembangunan dan kemajuan hari ini tanpa memberi kesan kepada keperluan generasi akan datang.
Saya masih lagi tak faham;
Untuk lebih mudah, ia umpama “kalau makan tu ingat-ingatlah orang belakang”. Untuk orang yang makan sekarang kenyang. Orang yang makan kemudian juga kenyang dan begitu juga seterusnya.

Jika ada yang menganggapnya ianya berkaitan mengenai alam sekitar, anda betul 1/3. Ini kerana kelestarian melibatkan 3 elemen utama iaitu ESG – “Environment” (Alam sekitar), “Socio” (Pembangunan ekonomi dan masyarakat) dan “Governance” (Penguatkuasaan oleh syarikat dan kerajaan).
Kontek lestari atau mampan itu juga berbeza berdasarkan subjek dan tidak semua elemen boleh diguna pakai. Jika ianya melibatkan kontek yang lebih kecil seperti “Melestarikan Pendapatan”, ia bermaksud bagaimana seseorang individu itu memastikan pendapatannya tidak putus dan tidak menjejaskan persekitaran. Kontek yang besar pula adalah seperti industri minyak dan gas.
Jika dari kontek Alam sekitar:
Pelbagai usaha dilakukan untuk memelihara dan memulihara persekitaran tempat mereka beroperasi seperti paya bakau, lokasi laluan paip gas utama yang menghubungkan loji penapis dan jeti tangki sementara agar harta alam ini berkekalan.
Jika dari kontek ekonomi komuniti/sosial:
Setiap kawasan tempat mereka beroperasi, mereka juga membangunkan masyarakat setempat dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas serta mengambil tenaga kerja tempatan agar kemajuan ini dapat dinikmati bersama. Ini termasuklah menghidupkan rantaian industri sokongan tempatan. Di samping itu giat melatih dan membantu meningkatkan kualiti serta teknologi industri tempatan agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan.
Jika dari kontek penguatkuasaan:
Ini adalah untuk memastikan semua pihak mengikut garis panduan yang disediakan. Contohnya seperti memastikan pembekal yang digunakan tidak membuang sisa terus ke dalam sungai tanpa rawatan. Atau memastikan setiap pekerja itu sendiri menggunakan langkah yang betul sebelum memulakan sesuatu projek.
Jadi memahami konsep asas lestari atau mampan itu adalah penting untuk rakyat dapat menghargai dan memahami setiap langkah yang diambil untuk membina masa depan yang mampan.
Olahan & Penulisan semula oleh Zaidee Zainal