Buluh: Bahan Lestari bakal gantikan “carbon fibre”

Jangan tak percaya wey. Kajian dah pun dibuat untuk manjadikan buluh sebagai “future sustainable material”. Ini kerana buluh semestinya mudah-lupus dan mempunyai impak yang begitu minimal kepada alam sekitar, tidak memerlukan racun atau pun baja untuk ditanam. Kalau tumbuh belakang rumah tu, memang jadi hutan buluh. Ia juga;

  • Boleh menyerap 35% karbon dioksida dalam persekitaran dan mehnghasil lebih banyak oksigen berbanding tumbuhan lain.
  • Tumbesar yang pantas. Sesetengah jenis buluh boleh tumbuh sehingga 1 meter sehari!

Buluh mempunyai daya tahan yang tinggi jika dilihat dari segi ratio berat daripada besi. Ia lebih “tahan-hentak” daripada “carbon fibre” serta lebih baik menyerap gegaran daripada bahan lain.

Dalam artikel Sustainable Magazine pada 10 Januari 2025, menyatakan satu jenama kereta mewah terkenal, Lexus. Mereka menerapkan buluh sebagai salah satu bahan dalam pembuatan keretanya. Ia menggunakan campuran gentian buluh untuk permukaan paparan interaktif serta serpihan buluh dicampur gentian kitar semula untuk bahagian dalaman.

Manakala di Ghana pula, basikal telah dihasilkan daripada buluh. Boleh tengok rekaan mereka di https://www.facebook.com/ghanabamboobikes/ yang menarik. Sehingga kini Ghana Bamboo Bikes telah menjual 3000 basikal pelbagai model kepada semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja terjual di Ghana, malah dieksport ke luar negara juga.

Jadi kalau ada tanah pusaka terbiar tu, tanamlah buluh. Mudah dan cepat membesar. Hari Raya boleh jadi lemang. Hari biasa boleh jadi macam-macam kegunaan lain.

Olahan & Penulisan semula oleh Zaidee Zainal

Share artikel: