Jenama Fesyen Lestari Lokal

Fesyen berkembang ikut peredaran zaman dan sekarang makin ramai yang sedar pasal kepentingan jaga alam sekitar. Orang Malaysia pun taknak ketinggalan dan banyak jenama fesyen lokal yang mula ambil inisiatif sokong usaha kelestarian serta buat something untuk kurangkan impak pencemaran. Contohnya macam jenama Biji-Biji dan Fugeelah. Dua-dua jenama ni tunjukkan yang kita boleh seimbangkan kelestarian dengan gaya yang slay.

Biji-Biji ni memang gempak, sebab diorang guna bahan-bahan yang kita tak sangka boleh recycle balik, macam banner lama dan fabrik yang tak pakai dah, pastu diorang ubah jadi produk stylo gila. Memang best sebab dalam masa yang sama, korang boleh sokong alam sekitar. Fugeelah pulak, diorang buat aksesori yang bukan saja cun, tapi juga bantu komuniti pelarian kat Malaysia dengan hasil jualan. Ini kira contoh power lah macam mana jenama tempatan boleh sokong usaha kelestarian.

Kalau kita bandingkan dengan jenama luar yang femes dalam hal ni, Patagonia confirm nama besar yang selalu orang cakap. Geng outdoor memang kenal sangat jenama ni. Diorang bukan setakat guna bahan recycle, tapi siap buat kempen untuk tanam pokok, bersihkan kawasan hutan, dan ajar orang pasal perubahan iklim. Yang paling cool, Patagonia ada servis untuk repair pakaian lama korang supaya tahan lebih lama, jadi kuranglah baju yang dibuang.

Walaupun jenama Biji-Biji dan Fugeelah taklah besar macam Patagonia, diorang still bagi impak yang besar untuk orang kat Malaysia. Ye lah, better buat sesuatu daripada tak buat pape der. Yang beza cuma skala operasi je—Patagonia ada duit dan capaian yang lebih besar, tapi jenama tempatan ni lebih dekat dengan komuniti kita. Diorang bagi pendekatan yang relevan untuk orang sini, sambil tingkatkan kesedaran pasal isu kelestarian.

Senang cerita, jenama tempatan ke atau antarabangsa ke… dua-dua ni tunjukkan yang kelestarian dalam fesyen bukanlah sekadar trend untuk diikuti, tapi benda penting untuk jaga alam sekitar. Lagi ramai yang join, lagi cerah masa depan fesyen ada tanggungjawab sosial, baik kat Malaysia atau seluruh dunia!

Oleh Azielahaneem Idris

Share artikel: